Home
HSSE Policy
Corporate Social Responsibility Information
Photo Gallery
  首页 > 媒体中心 > 新闻剪辑
  News Clippings  
 
space space  

Pelabuhan Tanjung Pelepas Terus Berkembang Dengan Produktiviti Lebih Tinggi
www.bernama.com - Jun 18, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) memanfaatkan produktiviti bertaraf dunia untuk membangun berdasarkan prestasi kukuh tahun lepas dan meningkatkan persaingannya dengan pelabuhan-pelabuhan di rantau itu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Azlan Shahrim berkata PTP kini telah meningkatkan prestasinya selepas berjaya mencapai matlamat produktiviti sebanyak 35 pindahan sejam berbanding purata industri sebanyak 25 pindahan sejam.

"Produktiviti yang lebih tinggi, kos pengendalian yang lebih rendah dan kapasiti yang dipertingkatkan sebanyak 8.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) akan membolehkan pelabuhan itu mencatatkan tahap keberkesanan kos perkhidmatan yang lebih tinggi," kata Azlan kepada Bernama.

PTP, yang merupakan pelabuhan kontena terbesar negara ini dan paling pantas membangun di Asia Tenggara, terletak di muara Sungai Pulai, di sebelah barat Johor Baharu.

Azlan berkata PTP mengendalikan enam juta TEU tahun lepas, iaitu 7.5 peratus lebih banyak kontena sepanjang tahun lepas.

Peningkatan itu, katanya dicapai semasa tahun yang sukar apabila kebanyakan pelabuhan di seluruh dunia merekodkan penurunan di segi jumlah kendalian.

Menurut Azlan, pertumbuhan PTP tahun lepas merupakan yang tertinggi antara pelabuhan utama di seluruh dunia.

Dengan pemulihan ekonomi global tahun ini, PTP berkeyakinan memperluaskan trend pertumbuhannya, katanya.

"Jumlah bulanan PTP pada Mei tahun ini merupakan yang paling tinggi dicatatkan dalam tempoh 10 tahun sejarah pelabuhan ini," katanya.

Bagaimana pun, Azlan mengingatkan bahawa "persoalannya ialah kemampanan sebagai sebahagian daripada pertumbuhan itu yang disebabkan oleh inventori simpanan semula stok, yang telah banyak kehabisan daripada kemelesetan ekonomi tahun lepas".

"Syarikat-syarikat perkapalan juga telah memperkenalkan semula kapasiti ke dalam pasaran itu, yang akan menambahkan tekanan pada kadar fret. Faktor ini membuat kami lebih berhati-hati walau pun dalam keadaan ekonomi kita sedang pulih," katanya.

Tumpuan strategik PTP sekarang ialah untuk meningkatkan sambungan perantara dan meningkatkan kepelbagaian kargo tempatan yang akan menarik lebih banyak syarikat perkapalan ke pelabuhan itu, kata Azlan.

"Tiga daripada empat syarikat perkapalan utama dunia telah pun berlabuh di PTP," katanya, yang menyenaraikan Maersk di tempat pertama, CMA-CGM (tempat ketiga), dan Evergreen (tempat keempat).

Azlan berkata kapal-kapal besar yang berlabuh di PTP menawarkan pelayaran terus ke Eropah dan Amerika Syarikat tanpa perlu memindah kapal kargo terlebih dahulu di pelabuhan berhampiran.

"Ini memberi masa yang lebih singkat untuk transit.

Eksport kita akan sampai ke destinasi yang paling jauh dengan lebih cepat dan keefisienan rantaian bekalan ini meningkatkan daya saing barangan Malaysia," katanya.

Azlan berkata kapasiti PTP yang mencukupi juga bermakna bahawa tidak terdapat kesesakan di pelabuhan, jika tidak ia akan meningkatan kos kepada para pengguna pelabuhan.

"Kemudahan-kemudahan ini menempatkan PTP sebagai gerbang pelabuhan yang efisien bagi kargo dari kawasan pedalaman Johor," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 

Other News Clippings

errow PTP raises the bar, leverages on world-class productivity
The New Straits Times - Jun 21, 2010
errow Pelabuhan Tanjung Pelepas Terus Berkembang Dengan Produktiviti Lebih Tinggi
www.bernama.com - Jun 18, 2010
errow Port Of Tanjung Pelepas To Keep Growing With Higher Productivity
hellenicshippingnews.com - Jun 18, 2010
errow Tanjung Pelepas raises the bar
Malaysian Reserve - Jun 18, 2010
errow Port Of Tanjung Pelepas To Keep Growing With Higher Productivity
www.bernama.com - Jun 17, 2010
errow Port Klang and Tanjung Pelepas feel the pinch
Llyod’s List - May 29, 2010
errow Government To Form National Port Council To Coordinate Port Management
www.bernama.com - Apr 22, 2010
errow PTP To Capitalise On New Opportunities Helped By Increased Capacity
www.bernama.com.my - Apr 21, 2010
errow Southeast Asian ports ready for growth in 2010
Shipping Gazette - Mar 10, 2010
  News Clipppins Archive
 
     
     
Choose your language
Click here for more detail
首页 | 企业 | 功能 | 服务 | 企业员工 | 采购 | 媒体中心 | 相关网站链接 | 联系方式 | 网站地图 | 条款与条件
版权所有 © 2008。保留所有权利。Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd.