• 07 504 2222 Malaysia
  • +607 504 2222 Outside Malaysia

Media Hub

270 Pelajar Kurang Mampu Terima Sumbangan Persekolahan PTPSinar Harian - JAN 03 2019

Back
 

ISKANDAR PUTERI - Seramai 270 pelajarkurang berkemampuan di sekitar Gelang Patah, di sini, menerima sumbangan bantuan persekolahan daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP).

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ berkenaan menyaksikan pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan beg, alat tulis dan bekas makanan bernilai RM150 setiap seorang.

Bantuan diserahkan Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen.

Dzulkefly yang ditemui kemudiannya berkata, langkah prihatin PTP dengan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar harus diberi pujian.

Sementara itu, Neelsen berkata, tujuan utama program berkenaan ialah untuk membantu keluarga yang memerlukan, sekali gus meringankan beban dalam membeli kelengkapan sekolah.

“Dengan menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak ini, kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk berkembang dan maju.

“Kami juga harap mereka akan menyumbang kembali kepada keluarga dan masyarakat pada masa akan datang,” katanya. Hadir sama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor, Mazlan Bujang.- Bernama