06 Aug 2015

Lebaran Syawal Tiga Serangkai

Utusan Malaysia

Lebih 1,000 tetamu mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd. (Senai Airport), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Johor Port di Hotel Mutiara, Johor Bahru semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Senai Airport, Mohd Rani Hisham Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Glen Hilton dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Shahrull Alam Shah Abdul Halim.

Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim.

Tetamu yang menghadiri majlis bermula pukul 5.30 petang hingga 8.30 malam itu dihidangkan dengan pelbagai juadah perayaan antaranya nasi beriani, sate, kambing golek, kuih muih dan buah buahan.