19 Aug 2016

Lebih 80 Pelajar Kongsi Tips Cemerlang SPM

Sinar Harian

New-Straits-Times,Logistic-section,Wednesday,-4-May-2016,-PTP-embarks-on-advanced-monitoring-systems.jpg

GELANG PATAH – Kira-kira 80 pelajar dari empat buah sekolah menengah di sini berpeluang berkongsi tip persediaan menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program SPM Motivational Talk yang dianjurkan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Ketua Pegawai Eksekutif Interim PTP, Steven Yoogalingam berkata, menjadi tanggungjawab sosial syarikat itu memberi tumpuan kepada pendidikan dan keupayaan pelajar yang menyertai program.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen PTP secara berterusan dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan masyarakat sekitar operasi kami.

Melalui program ini, kami berharap anak-anak tempatan boleh mendapat manfaat yang besar dan mengambil peluang ini sebagai batu loncatan pertama ke arah kejayaan masa depan mereka, katanya.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, Rosilah Ahmad berkata, komitmen berterusan PTP dapat membantu pelajar tempatan untuk meningkatkan pencapaian keseluruhan akademik dan bukan akademik.

Program ini pasti akan membantu pelajar-pelajar meningkatkan motivasi diri dan keyakinan mereka sebelum menduduki peperiksaan besar,katanya.

Manakala pelajar SMK Taman Nusa Jaya, Mohamad Khalid Mohd Rasman,17, berkata, program anjuran PTP itu sangat bermanfaat buatnya dirinya.Saya berjaya mempelajari pelbagai tip dan kemahiran baru sepanjang program.

Aktiviti sangat menyeronokkan dan berwawasan, apa yang pasti saya akan menggunakan pengalaman dan berusaha lebih baik, katanya. Program tersebut merupakan edisi ke-9 sejak 2007.