30 Jun 2016

Naik Taraf PTP RM8.6 Bilion

Utusan Malaysia

New-Straits-Times,Logistic-section,Wednesday,-4-May-2016,-PTP-embarks-on-advanced-monitoring-systems.jpg

New-Straits-Times,Logistic-section,Wednesday,-4-May-2016,-PTP-embarks-on-advanced-monitoring-systems.jpg

 

GELANG PATAH 29 Jun - Pelabuhan Tanjung Pe­le­pas (PTP) akan melabur le­bih RM8.6 bilion untuk menaik taraf dan menambah baik kapasiti pelabuhan berkenaan dalam tempoh lima hingga 15 tahun akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, langkah tersebut seiring dengan matlamat memastikan PTP terus kompetitif sebagai satu daripada destinasi pelabuhan utama di Asia.

Menurutnya, perancangan ter¬¬sebut antara lain melibatkan peningkatan kapasiti pengendalian sedia ada, iaitu 10.5 juta TEU (kontena bersamaan 20 kaki panjang) kepada 13.2 juta TEU setahun.

“Bagi tujuan tersebut, PTP berhasrat untuk menaik taraf pelabuhan secara menyeluruh melibatkan kren dermaga, gantri beroda getah serta penggantian kelengkapan sedia ada.

“Langkah seterusnya melibatkan pembangunan fasa ketiga yang dijangka dimulakan pada tahun 2018, iaitu sasaran pengendalian sebanyak 22.2 juta TEU setahun menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke PTP yang turut me¬rasmikan Majlis Tijarah Ramadan PTP, di sini semalam.

Che Khalib yakin sasaran 22.2 juta TEU setahun mampu dicapai menerusi penambahan enam dermaga baharu di sepanjang jarak tiga kilometer, pertambahan daripada 14 dermaga sedia ada sepanjang jarak lima kilometer ketika ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled memberitahu, usaha menaik taraf yang bakal dilaksanakan PTP akan dapat dirasai rakyat negeri ini menerusi penawaran lebih banyak peluang pekerjaan.

“Negeri ini telah menyaksikan transformasi ekonomi dan pembangunan yang pesat, pelaburan tambahan PTP mencerminkan keyakinan pengendali pelabuhan itu untuk menjadi pelabuhan pilihan utama di rantau ini,” katanya.