26 Aug 2018

PTP lakar sejarah tersendiri

Sinar Harian Page : 21

attachment.jpg

Some 140 students took part in a recent Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) motivational talk organised by Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) and Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), the 11th joint annual event that first began in 2007.

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menjadi pelabuhan pertama di dunia, yang berlepas dengan kapal bersama muatan lebih 19,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), Sabtu lalu.

Kejayaan ini dicapai apabila Mumbai Maersk meninggalkan pelabuhan dengan rekod muatan 19, 038 TEU

Kapal yang tiba di PTP dari Shanghai, China dan kini dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Rotterdem, Netherlands.

Perancangan dan pelaksanaan operasi kontena yang effisien selain pengoptimum sumber dengan baik dikenalpasti antara sebab pencapaian itu diraih.

Pengerusi PTP dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC dan Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pencapaian terbaharu itu menjadi bukti komitmen PTP dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

"Sebagai operator logistik dan pelabuhan terkemuka di Malaysia, kami berasa bangga dengan keupayaan dalam meramal dan memahami keperluan pelanggan kami, selain ketangkasan menyesuaikan perubahan dalam industri untuk kami terus berada di hadapan.

"Oleh itu, kami berasa sangat bangga dengan peristiwa penting ini, yang berlaku dengan kesungguhan dan komitmen warga kerja dan semua pihak yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, PTP akan terus meningkatkan prestasi dan memberikan tahap perkhidmatan dan produktiviti yang memenuhi permintaan pelanggan dan pemegang taruh pelabuhan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, PTP terus menyaksikan pertumbuhan kuantiti yang stabil dengan produktiviti dan daya saing yang cekap.

"Pelbagai pelaburan yang berterusan serta aktiviti penambaikan telah dengan jayanya dilaksanakan. Dan kini kami sedang dalam usaha untuk mencapai matlamat untuk tahun kewangan ini.

"Lebih penting, untuk melindungi kedudukan PTP sebagai antara hab pemindahan muatan terkemuka di dunia," katanya.