• 07 504 2222 Malaysia
  • +607 504 2222 Outside Malaysia

Media Hub

PTP Lakar sejarah tersendiriJohor edition - AUG 25 2018

Back
attachment.jpg

JOHOR BAHRU - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menjadi pelabuhan pertama di dunia, yang berlepas dengan kapal bersama muatan lebih 19,000 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki), Sabtu lalu. Peristiwa penting itu tercapai apabila Mumbai Maersk, yang meninggalkan pelabuhan dengan rekod muatan 19,038 TEU.

Kapal tersebut tiba di PTP dari Shanghai, China dan kini dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Rotterdam, Belanda.

Perancangan dan pelaksanaan operasi kontena yang effisien selain pengoptimum sumber dengan baik dikenalpasti antara sebab pencapaian itu diraih.

Pengarah Urusan Kumpulan MMC dan Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pencapaian terbaharu itu menjadi bukti komitmen PTP dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

"Sebagai operator logistik dan pelabuhan terkemuka di Malaysia, kami berasa bangga dengan keupayaan dalam meramal dan memahami keperluan pelanggan kami, selain ketangkasan menyesuaikan perubahan dalam industri untuk kami terus berada di hadapan.

"Oleh itu, kami berasa sangat bangga dengan peristiwa penting ini, yang berlaku dengan kesungguhan dan komitmen warga kerja dan semua pihak yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Che Khalib berkata, PTP akan terus meningkatkan prestasi dan memberikan tahap perkhidmatan dan produktiviti yang memenuhi permintaan pelanggan dan pemegang taruh pelabuhan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, PTP terus menyaksikan pertumbuhan volum yang stabil dengan memberikan kecekapan yang tinggi dalam produktiviti serta daya saing.

"Pelbagai pelaburan yang berterusan serta aktiviti penambaikan telah dengan jayanya dilaksanakan. Dan kini kami sedang dalam usaha untuk mencapai matlamat untuk tahun kewangan ini.

"Lebih penting, untuk melindungi kedudukan PTP sebagai antara hab pemindahan muatan terkemuka di dunia," katanya.