04 Nov 2015

PTP menangi Anugerah Pelabuhan Terbaik Malaysia

Utusan Borneo Sarawak

Utusan-Borneo-Sarawak,News-section,Thursday,-5-November-2015,PTP-menangi-Anugerah-Pelabuhan-Terbaik-Malaysia.jpg
Kuala Lumpur : Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), anak syarikat MMC Corp Bhd, memenangi Anugerah Pelabuhan Terbaik 2014 bagi Malaysia, sempena Hari Maritim Sedunia 2015.
“Kami berbangga dengan anugerah berprestij yang dimenangi PTP. Kami akan terus meningkatkan perkhidmatan dan mencapai visi kami untuk menjadi pelabuhan pilihan utama di rantau ini,” kata pengerusi PTP dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, dalam satu kenyataan di sini semalam.
 
Anugerah yang disampaikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkenaan PTP atas peningkatan positif yang berterusan dalam operasi kontena dan pengoptimum sumber lebih baik dalam mencapai kecermerlangan operasinya.
“Bersandarkan pelbagai usaha bersepadu dan siri usaha operasi dan teknikal yang dilaksanakan PTP, kami yakin prestasi kukuh ini akan berterusan,” kata Che Khalib.
 
PTP memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan sejak ia dilancarkan pada 2000 seperti pelabuhan Malaysia pertama menerima sistem pengurusan bersepadu, yang bersepadu dengan ISO 9001, ISO 14001 dan OHSAS 1800; Pengendali Terminal Hijau Asia Pasifik Terbaik Tahun 2012 oleh Frost & Sulivan; Anugerah Asean Kajian Perniagaan Teknologi bagi kecermerlangan dalam logistic.-Bernama