22 Jul 2019

PTP perluas kawasan FTZ untuk tingkat operasi

Utusan Malaysia

ISKANDAR PUTERI 22 Julai - Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) merancang memperluaskan zon perdagangan bebas (FTZ) melibatkan kawasan seluas 141 hektar pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Marco Neelson berkata, langkah itu diputuskan selepas mengambil kira kawasan FTZ yang sedia ada seluas 141 hektar sudah hampir digunakan sepenuhnya.

Katanya, inisiatif itu juga bagi memenuhi permintaan pasaran untuk syarikat sedia ada di sini untuk memperluaskan operasi mereka selain menarik syarikat baharu bertapak di sini.

“Kawasan FTZ yang sedia ada sudah 95 peratus digunakan melibatkan 41 buah syarikat dan kilang serta menghasilkan kira-kira peluang pekerjaan.

“Kita tidak meletakkan garis masa untuk menyiapkan projek tersebut dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk menyediakan infrastruktur tersebut,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri ke PTP, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Solihan berkata, pihaknya menyokong cadangan PTP dan akan membantu menjadi pemudah cara merealisasikan usaha berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan membantu untuk memudah cara dan memastikan prosedur bagi penyediaan tanah dapat diselesaikan secepat mungkin atau selewatnya hujung tahun ini katanya.