15 Oct 2018

PTP sedia berdepan era IR 4.0

HARIAN METRO

attachment.jpg

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), anak syarikat MMC Corporation Bhd sedia berdepan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan pendigitalan dalam industri pelabuhan, sekali gus berada setanding pelabuhan terkemuka dunia

Ketika ini, PTP yang disenaraikan sebagai pelabuhan ke-19 terbaik dunia, adalah pesaing utama Pelabuhan Singapura yang ketika ini berada di kedudukan kedua dalam senarai berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, pendigitalan bagi sektor pelabuhan akan mewujudkan jaringan komunikasi dan rantaian nilai secara pintar antara pihak berkuasa pengendali pelabuhan serta syarikat perkapalan

Beliau berkata, sebagai contoh, banyak pihak mula membincangkan penggunaan blockchain dan ia membuktikan perkara berkenaan adalah isyarat kepada pelabuhan dalam semua industri termasuk pelabuhan

“Bagi memastikan kami bersedia untuk melakukan perubahan dan berdepan dengannya, PTP turut mengadakan dialog bersami pihak berkuasa dan pelanggan bagaimana ia akan dilaksanakan” katanya