12 Oct 2018

PTP sedia laksana inisiatif digital

Utusan Malaysia

PELABUHAN Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) bersedia untuk melaksanakan inisiatif digital bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kekal kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP,Marco Neelsen berkata,pihak berpihaknya berpandangan bahawa proses digital adalah cara berkomunikasi dengan pelbagai pihak dengan lebih cekap termasuk penggunaan teknologi pintar dalam membantu operasi syarikat.

Menurut beliau, banyak teknologi pintar yang berada di pasaran ketika ini dan salah satunya adalah blackchair yang banyak diperkatakan oleh pemain-pemain industri.

“Kami melihat blockchain sebagai isyarat untuk berubah pada masa hadapan .Dengan teknologi pintar ia membantu kita bekerja dengan lebih cekap dan kompetiti contohnya di barisan penghantaran kontena, pihak berkuasa serta operasi di pelabuhan.

“Kami juga telah mengadakan dialog dengan kastam bagi membincangkan kaedah kerjasama digital dengan lebih efektif. Kami akan terus memantau penggunaan teknologi pintar dan manilai bagaimana ia dapat memenuhi keperluan operasi PTP,”katanya dalam sesi taklimat PTP bersama media disini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Komersial PTP, T.Prakash.

Mengenai persediaan PTP untuk menggunakan blockchain, Neelsen berkata ,pihaknya tidak mahu terburu-buru kerana memerlukan masa yang mengkaji dan meneliti terlebih dahulu.

Katanya , kebanyakan pemain industri lain mereka menganggap blockchain sebagai alat pintar yang dapat membantu perniagaan daripada segala aspek, namun bagi PTP ia berbalik semula kepada visi syarikat.

“Adakah kami mahu menjadi sebuah pelabuhan pintar atau hab pengedaran pintar. Oleh itu,kami perlu memilih dengan berhati-hati teknologi mana yang mampu membawa kami untuk mencapainya,”ujarnya. Sementara itu,Neelsen berkata, saasaran Sembilan juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) pada tahun ini berada di landasan yang tepat yang mana setakat ini PTP telah menguruskan 6.6 juta TEU.

PDF