19 Jun 2019

Rancang perluas pelabuhan

Berita Harian (Page 6)

20190619-Berita-Harian_Rancang-Perluas-Pelabuhan.jpg

Iskandar Puteri : Kerajaan merancang memperluas kawasan pelabuhan di negara ini bagi menampung keperluan kapasiti yang tinggi masa kini dan akan datang ,kata Menteri Pengangkutan,Anthony Loke.

Beliau berkata,perancangan jangka panjang itu perlu,bukan sekadar untuk untuk menampung keperluan semasa, malah supaya dapat memberi persaingan sihat kepada negara-negara jiran yang sedang membina kawasan pelabuhan lebih besar.

“Kerajaan sedia maklum dan menyedari keperluan pelabuhan untuk dibesarkan,dibangunkan dan dipertingkatkan termasuk di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP),Johor.Untuk membina dan membangunkannya,ia membabitkan banyak proses.

 “Antaranya mendapatkan kelulusan dan sebagainya,tetapi kita perlu urus dan percepatkan proses itu supaya seiring dengan keadaan semasa.Kalau kita tidak ambil langkah itu mulai sekarang,kita tidak dapat bersaing,”katanya kepada pemberita di PTP,semalam.