25 Jan 2016

Tanjung Pelepas catat sejarah

Sinar Harian

PTP-achieves-port-handling-milestone-Malaysian-Reserve-Tuesday-26-Jan-2016.jpg

Johor Bahru – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) menjadi pelabuhan tunggal pertama di negara ini mengendalikan kapal lebih dariapda 18,000 TEU.

Kejayaan tersebut direkodkan 13 Januari lalu, apabila kapal Matz Maersk dengan beban 18.034 TEU dari Yantian, China berlabuh di PTP.

Kapal berkenaan dalam perjalanan melalui Terusan Suez untuk Felixstowe, Bremerhaven, Gdansk, Rotterdam sebelum kembali ke Asia.

Pengerusi PTP dan MMC Pengarah Urusan Kumpulan,Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata pencapaian tersebut adalah bukti komitmen pelabuhan itu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya.

“Sama seperti tahun lepas, kami percaya Maersk Line dan MSC dapat mengembangkan perniagaan secara agresif tahun ini kerana kelebihan pengendalian 2M Alliance yang menawarkan pilihan pasaran yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, meskipun keadaan ekonomi mencabar pada 2015, PTP berjaya mencatatkan sejumlah 9.1 juta TEU kontena iaitu peningkatan sebanyak 7.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Che Khalib berkata pertumbuhan positif PTP itu didorong susulan kejayaan melaksanakan 2M Alliance iaitu kerjasama penghantaran kontena terbesar dunia antara Maersk Line dan Syarikat Penghantaran Mediterranean (MSC) ke PTP.