19 Jun 2019

Traktor pintar tanpa pemandu di PTP

Utusan Malaysia

20190619-Utusan-Online-Traktor-pintar-tanpa-pemandu-di-PTP.jpg
ISKANDAR PUTERI - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat pembekal traktor Terberg Tractors Malaysia (TTM) untuk membekalkan traktor pintar tanpa pemandu di pelabuhan itu.

Majlis menandatangani MoU yang diadakan di Wisma PTP, Gelang Patah itu disaksikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Siew Fook, langkah pelabuhan itu mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan pelabuhannya merupakan satu penambahbaikan yang akan memastikan pelabuhan itu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Traktor pintar tanpa pemandu ini dijangka akan beroperasi dalam tempoh antara dua hingga lima tahun.
“Penggunaan teknologi ini akan memakan sedikit masa kerana ‘transponder’ yang diguna pakai sedia terbina dalam traktor dan bukan dipasang di laluan atas jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis MoU terbabit.
 
Source : http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/traktor-pintar-tanpa-pemandu-di-ptp-1.919747