23 Oct 2012

Diiktiraf terminal hijau terbaik

Berita Harian

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengendali Terminal Hijau Terbaik Tahun Ini Asia Pasifik Frost & Sullivan 2012.

Anugerah itu adalah sebahagian daripada anugerah Amalan Terbaik Tahunan Frost t Sullivan mengenal pasti kejayaan yang boleh dicontohi dalam kepelbagaian industri dan fungsi.

Mengulas kemenangan itu, Timbalan Ketua Eksekutif PTP, Azlan Shahrim, berkata pencapaian itu adalah satu penghormatan, hasil usaha gigih secara kolektif warga kerja pelabuhan itu.