14 May 2013

Glen Hilton, CEO baharu PTP

Utusan Malaysia

 

JOHOR BAHARU - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah melantik Glen Hilton sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 1 Mac 2013, kata Pengerusinya, Datuk Mohd Sidik Shaik Osman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd. Sidik berkata, rekod pencapaian dan pengalaman meluas Hilton menguruskan pelabuhan menjadikannya calon yang ideal bagi meneruskan pelan pembangunan dan pengembangan PTP," katanya.

Pada 2012, PTP mengendalikan 7.7 juta TEU kontena, mengukuhkan kedudukannya sebagai terminal kontena terbesar di Malaysia.