20 Mar 2012

Murid Tahun Enam sertai kem motivasi

Berita Harian

GELANG PATAH: Seramai 150 murid Tahun Enam dan 13 Sekolah Kebangsaan (SK) menyertai kem motivasi dianjurkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bagi membantu rneningkatkan pencapaian akademik murid berhampiran pelabuhan berkenaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTP Azlan Shahrim, berkata program empat hari sempena cuti sekolah itu adalah sebahagian sumbangan korporat PTP kepada masyarakat.

Katanya, selain memberi motivasi, murid juga diberi pendedahan dalam usaha membina keyakinan diri bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pernilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini."Program ini untuk membantu masyarakat meningkatkan taraf pendidikan murid di sini dan sebagai input tambahan, selain pembelajaran di bilik darjah.

"Murid diajar pelbagai teknik dan kaedah menjawab soalan yang dikendalikan perunding profesional terlatih dipilih oleh PTP "Kem inl juga membantu melengkapkan murid sebelum menduduki peperiksaan, selain meningkatkan semangat dan minat untuk berjaya," katanya, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, murid SK Sikijang, Sofi Sazleen Hud, 12, berkata beliau bertuah dipiih sebagai sebahagian daripada peserta bagi mengikuti program berkenaan.