PBCS perluas operasi
Berita Harian Online
Pelepas-Brigantine Container Services Sdn Bhd (PBCS), yang berpangkalan di Johor Bahru, bercadang meluaskan operasinya ke bahagian lain di negara ini dan ke negara serantau.
Pengurus Cawangannya, Gary Wong, berkata PBCS adalah pakar perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kontena, hasil usaha sama antara Port of Tanjung Pelepas (PTP) dan syarikat berpangkalan di Hong Kong, Brigantine Services Limited.
Syarikat itu memulakan operasi dua tahun lalu dan menawarkan setiap aspek penyelegaraan dan pembaikan kontena kontena seperti pemeriksaan, aggaran, pembaikan, kikisan, pembersihan dan kimpalan.