Pelabuhan PTP, Klang catat kemajuan
Utusan Malaysia
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor dan Pelabuhan Klang di Selangor merupakan antara pelabuhan tempatan yang mencatatkan kemajuan yang baik, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ramli Ngah Talib hari ini.
Beliau berkata, “PTP sebagai contohnya kini mengendalikan lebih satu juta TEU (bersamaan kontena dua puluh kaki) berbanding beberapa ratus ribu TEU beberapa bulan sebelum ini sedang ia masih di fasa pertama operasinya.”
Ramli berkata di sini hari ini, keupayaan pelabuhan itu dijangka meningkat dengan ketara selepas fasa kedua dan ketiga atau selesainya lebih banyak lagi fasa pembesaran selesai dijalankan.