11 Oct 2003

Pelabuhan Tanjung Pelepas akan bina dua lagi dermaga

Utusan Malaysia

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pelabuhan muatan pindah kapal yang berkembang pesat di Asia Tenggara, bersedia untuk meningkatkan kapasitinya dengan pembinaan dua lagi dermaga sebagai sebahagian daripada projek pembesaran Fasa kedua.

Pemabangunan fasa kedua yang bermula tahun lepas, terdiri daripada perlaksanaan dua pakej utama, pengorekan dan tebus guna (D&R) untuk tambahan lapan lagi fizikal dua dermaga tambahan 720 meter, kata PTP dalam satu kenyataan hari ini.
 
D&R bagi terminal 2.88 kilometer hampir 75 peratus siap.
 
Proses pengorekan akan memperluaskan akses terusan pelabuhan daripada 250 meter kepada 420 meter dan draf kepada 16 meter daripada 15 meter sekarang ini.
 
PTP berkata, dermaga 360 meter pertama dijadualkan siap awal 2004 dan keduanya tidak lama kemudian.
 
Pelabuhan merancang untuk memiliki kren kotena Super Post Panamax tambahan bagi kedua-dua dermaga baru.
 
Apabila siapnya Fasa Kedua itu, ia akan meningkatkan kapasiti PTP sebanyak kira-kira satu juta TEU lagi.
 
Pada masa ini kapasiti tahunan semasa PTP ialah lima juta TEU.