Pelabuhan Tanjung Pelepas dinobat terbaik
Berita Harian
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), anak syarikat MMC Corp Bhd, memenangi Anugerah Pelabuhan Terbaik 2015 bagi Malaysia, sempena Hari Maritim Sedunia 2015
“Kami berbangga dengan anugerah berprestij yang dimenangi PTP. Kami akan terus meningkatkan perkhidmatan dan mencapai visi kami untuk menjadi pelabuhan pilihan utama di rantau ini,” kata pengerusi PTP dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi mengikhtiraf PTP atas peningkatan positif yang berterusan dalam operasi kontena dan pengoptimuman sumber lebih baik dalam mencapai kecemerlangan operasinya.
“Bersandarkan pelbagai usaha bersepadu dan siri usaha operasi dan teknikal yang dilaksanakan PTP, kami yakin prestasi kukuh ini berterusan,” kata Che Khalib dalam satu kenyataan, semalam.
PTP memenangi pelbagai anugerah dan pengikhtirafan sejak ia dilancarkan pada 2000 seperti, pelabuhan Malaysia pertama menerima system pengurusan bersepadu, yang bersepadu dengan ISO 9001, ISO 14001 dan OHSAS 1800; dengan pengendalian terminal hijau Asia-Pasifik Terbaik Tahun 2012 oleh Frost & Sullivan; Anugerah kecemerlangan kajian APMT dan Anugerah ASEAN kajian perniagaan Teknologi bagi kecemerlangan dalam logistic.