Pelaburan baru di zon bebas cukai
Harian Metro

Gelang Patah: Zon perdagangan bebas yang terletak di kawasan seluas 607.03 hektar di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) dijangka dapat menyuntik pelaburan walaupun dilanda persekitaran ekonomi global yang mencabar.
Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Glen Hilton berkata, sehingga kini hanya kawasan berkeluasan 364.22 hektar sahaj'a yang telah dibangunkan sepenuhnya manakala baki selebihnya masih lagi dalam perancangan.
Beliau berkata, zon perdagangan bebas itu kini mempunyai 40 syarikat asing yang beroperasi dengan majoriti daripadanya adalah syarikat pengeluaran dan logistik.
"Kami yakin pelbagai suntikan ekonomi dapat di laksana bagi menjana pertumbnhan perniagaan dengan jumlah peJaburan setakat ini mencecah hampir RM2.6 bilion," katanya.