Pelepas-Brigantine luaskan operasi luar Johor
Utusan Malaysia
Johor Bahru 16 Mei – Pelepas-Brigantine Container Services Sdn. Bhd. (PBCS) merancang untuk meluaskan operasinya melampaui Johor ke kawasan-kawasan lain di dalam Malaysia dan bahagian-bahagian lain di rantau ini, kata Pengurus Cawangannya, Gary Wong.
Sebuah syarikat usaha sama antara Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan syarikat berpusat di Hong Kong, Brigantine Services Ltd., pakar dalam perkhidmatan penyelenggaran dan pembaikan kontena (M&R).
“Kami ingin meletakkan satu tanda aras baru bagi penyelenggaran dan pembaikan kontena dan juga membantu Malaysia di dalam wawasannya untuk menjadi negara pengangkutan dan maritime utama,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
PBCS, yang memulakan operasi dua tahun lalu, menawarkan setiap aspek M&R kontena seperti pemeriksaan, anggaran, pembaikan, hakisan, pembersihan dan kimpalan.
Di samping perkhidmatan M&R, syarikat itu juga menumpukan kepada jualan dan pemasaran alat-alat kontena.