10 Oct 2021

Pendapatan industri koko mampu capai RM6.5 bilion tahun ini

Sinar Harian View Source

SITI-SUKMA-02-1.jpg
Industri koko telah menyumbang sebanyak RM6.2 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun 2020. - Foto 123rf

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin unjuran pendapatan keseluruhan industri koko mampu mencapai RM6.5 bilion pada tahun 2021.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, industri koko telah menyumbang sebanyak RM6.2 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun 2020.

“Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021, pendapatan eksport telah mencecah RM4.5 bilion,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak lokasi cadangan pembangunan hab perdagangan koko di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor pada Ahad.

Beliau berkata, perkembangan tersebut disokong oleh pertumbuhan positif dalam pasaran eksport dan produk-produk koko yang berkembang pada kadar tahunan sebanyak 3.2 peratus sejak tahun 2014.