15 Apr 1998

PM - lawatan kerja selama dua hari.

Utusan Malaysia

Dalam upacara itu, Perdana Menteri dan Goh akan menandatangani satu plak peringatan dan bersama-sama menggunting reben sebagai tanda perasmian laluan tersebut.


Selepas perasmian laluan itu, Dr. Mahathir akan mengadakan lawatan ke tapak projek Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah.

Selepas itu, beliau akan ke kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Saujana untuk menghadiri perjumpaan dengan ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO negeri dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari bersama rakyat di tempat yang sama.

Perdana Menteri kemudian akan melawat Kompleks Bebas Cukai Johor Bahru, sebelum merasmikannya pada sebelah malam