PTP adakan program CEPA
Kosmo
CINTAI ALAM. Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah menganjurkan Program CEPA (Komunikasi, Pendidikan, Penyertaan dan Kesedaran) untuk murid-murid sekolah rendah di Gelang Patah baru-baru ini.
Antara lain, tujuan program yang bertemakan "Caring for Wetlands" itu untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan memulihara alam sekitar.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kuiz, sesi soal jawab dan pameran.
Pengurus Taman Ramsar PTNJ, Harban Singh Hashim berkata, program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial selain memberi pendedahan alam sekitar kepada murid sekolah.