03 Apr 2014

PTP Bantu Pelajar Tingkat Keyakinan Diri.

Sinar Harian

Gelang Patah – Anggaran 130 pelajar dan 15 guru daripada 13 sekolah rendah di Gelang Patah terus mendapat manfaat aktiviti khidmat masyarakat oleh syarikat korporat berdekatan kawasan itu.

Terbaharu, syarikat Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang menjalankan Kem Motivasi UPSR 2014, baru-baru ini.

Pegawai Korporat PTP, Azharuddin Nordin berkata, program tiga hari itu menjadi rutin pihaknya sejak empat tahun lalu.

"Ia bertujuan memupuk keyakinan diri dan keazaman dalam diri pelajar supaya mereka cemerlang dalam peperiksaan UPSR."

"Antara slot yang diadakan ialah kemahiran belajar, merangka jadual ulang kaji berkesan dan amalan menyiapkan kerja harian," katanya baru-baru ini.

Antara sekolah terlibat ialah SK Gelang Patah, SK Nusantara, SK Taman Nusa Perintis 1, SK Kompleks Sultan Abu Bakar, SK Kampung Pulai, SK Morni Pok, SK Tanjung Adang, SK Pendas Laut, SK Ladang Pendas, SK Sikijang, SK Sg Melayu.

Majlis penutup disempurnakan Pegawai FasiLINUS Pelajaran Johor Bahru, Haniah Bachok.

Turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Kemudahan PTP, Kapten Chong Lai Poo dan Pengarah Jabatan Pembangunan Profesionalisme UTM Space, Profesor Madya Dr Abdul Halim Abdul Raof.

Azharuddin berkata, pelbagai program dianjurkan syarikat itu bagi memastikan anak masyarakat tempatan berjaya di sekolah dan memberikan terbaik dalam apa jua dilakukan.