26 Jan 2021

PTP catat 8.0 peratus pertumbuhan selepas capai 9.8 juta unit TEU kendalian pada 2020

BERNAMA.COM View Source

KUALA LUMPUR, Jan 25 -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan pertumbuhan terminal yang kukuh setelah berjaya mencapai jumlah rekod keseluruhan kendalian kontena sebanyak 9.8 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2020 walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global dan pandemik kesihatan.

Rekod itu menunjukkan peningkatan lebih daripada 8.0 peratus pertumbuhan berbanding 9.1 juta TEU yang dicatatkan pada tahun 2019.

Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata di sebalik krisis kesihatan global dan ketidaktentuan ekonomi, PTP terus berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu hab muatan pindah kapal utama di rantau ini serta memberikan nilai dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan semua pihak yang berkepentingan.

PTP mencatat rentetan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun 2020, termasuk mencecah rekod tertinggi sepanjang masa untuk pengendalian TEU dalam sebulan dengan 967,783 TEU, serta pergerakan tertinggi dalam satu giliran dengan sejumlah 12,411 pergerakan (19,984 TEU) Disember lepas.

-- BERNAMA