PTP catat rekod kendalian TEU tertinggi
Harian Metro
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan rekod kendalian tertinggi bagi separuh tahun pertama dengan mengendalikan lebih 2.01 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) untuk tempoh separuh tahun pertama tahun ini.
Ini adalah peningkatan 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu apabila ia mengendalikan 1.60 juta TEU.
Volum muatan pindah kapal untuk tempoh tahun 2004 berjumlah 1.83 juta TEU, naik 24.6 peratus berbanding 1.47 juta TEU yang dikendalikan dalam tempho yang sama thaun 2003, kata PTP dalam satu kenyataan, semalam.
Volum kargo tempatan mencatatkan pertumbuhan kukuh 22 peratus, naik daripada 63,526 TEU yang dikendalikan dalam separuh pertama tahun lepas untuk mencecah 77,576 TEU dalam enam bulan pertama tahun ini.
“Fenomena pertumbuhan di PTP itu adalah hasil perubahan berterusan ekonomi global yang kukuh serta tambahan beberapa perkhidmatan baru persinggahan di pelabuhan itu, kata PTP.
Ia menyatakan bahawa dalam separuh pertama 2004, kapla-kapal yang singgah di PTP meningkat 5.3 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu berjumlah 1,584 berbanding 1,504 dalam 2003.
“Peningkatan itu bersamaan tambahan persinggahan tiga buah kapal seminggu,” katanya.
Dengan volum kargo yang meningkat di laluan perdagangan utama, khususnya, Asia Eropah, PTP tumbuhan kukuh di segi volum bagi mengekalkan kedudukan utamanya sebagai pelabuhan muatan pindah kapal.