10 Jul 2015

PTP ceriakan anak yatim, ibu tunggal

Utusan Malaysia

Gelang Patah 9 Julai - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menerusi Tijarah Ramadhan terus melaksanakan tanggungjawab social korporat (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hanif Hamid berkata, Tijarah Ramadhan merupakan aktiviti tahunan pihaknya yang bertujuan untuk meraikan dan member golongan memerlukan, terutamanya ketika musim perayaan.

"Pada tahun ini, seramai 60 orang fakir miskin dan ibu tunggal serta 60 ank yatim dan 20 pelajar tahfiz menerima sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan harian dan kuih raya."

"Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban penerima terutamanya bagi membuat persiapan menjelang sambutan aidilfitri tidak lama lagi," katanya pada majlis Penyampaian Sumbangan Dan Berbuka Puasa Bersama Penerima di Masjid Abu Hurairah, disini semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Kewangan PTP, Iskandar Sham Abd Rasap.

Hanif berkata, selain Tijarah Ramadhan, pihaknya turut melaksanakan perlbagai program CSR melibatkan beberapa golongan sasar, terutamanya masyarakat yang tinggal di kawasan Gelang Patah.

Antara Program yang dianjurkan adalah kelas tambahan Bahasa Inggeris, Kem Motivasi untuk murid-murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPN) serta gotong royong.

Sementara itu, seorang Ibu tunggal, Fauziah Sembok, 52, dari Kampung Ladang, disini mengakui sudah tiga tahun berturut-turut dia menerima sumbangan daripada PTP menerusi program berkenaan.

"Saya bersyukur dan gembira sekali kerana PTP tidak pernah melupakan nasib golongan kurang bernasib baik seperti saya. Dengan sumbangan ini, dapatlah saya gunakannya untuk persiapan raya nanti," katanya.