PTP hulur bantuan sekolah
Harian Metro
“Saya bersyukur pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas tidak pernah lupa memberikan bantuan persekolahan kepada anak saya sejak beberapa tahun lalu,” kata Orang Asli Buang Jat, 31.
Buang, bapa kepada salah seorang daripada 230 pelajar dan murid kawasan Parlimen Gelang Patah yang menerima bantuan berupa wang tunai RM100, beg sekolah serta alat tulis sempena Program Kembali Ke Sekolah di Parlimen Gelang Patah, semalam.