12 Jun 2019

PTP lakar rekod dunia baharu

Sinar Harian

20190612-PTP-lakar-rekod-dunia-baharu-Sinar-Harian-(Selatan).jpg
JOHOR BAHRU - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan rekod dunia baharu bagi pelepasan kapal dengan muatan akhir lebih 19,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Kejayaan tersebut dicapai apabila kapal Monaco Maersk meninggalkan pelabuhan tersebut dengan rekod muatan 19,284 TEU, mengatasi rekod muatan 19,190 TEU dicapai oleh kapal MOL Tribune pada Februari lalu.

Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pencapaian terbaru itu merupakan bukti komitmen PTP dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

"Sebagai pelabuhan dan pengendali logistik utama Malaysia, kami berbangga dengan keupayaan untuk menjangka dan memahami keperluan pelanggan serta ketangkasan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan industri agar kami dapat terus maju.

"Pada tahun ini, kami akan terus mengukuhkan asas kami dan mengoptimumkan kos untuk kecekapan operasi yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Che Khalib yang juga Pengarah Urusan Kumpulan MMC berkata, PTP tetap memberi tumpuan kepada soal hasil, dan komited mengembalikan lebih banyak nilai kepada pemegang taruhnya.

Pengarah Urusan Kumpulan MMC berkata, PTP tetap memberi tumpuan kepada soal hasil, dan komited mengembalikan lebih banyak nilai kepada pemegang taruhnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, kejayaan tersebut dicapai berikutan semangat dan komitmen warga PTP dan semua pihak terlibat.

This e-mail contains confidential information. If you are not the intended addressee of this e-mail, any use, disclosure or copying of this e-mail is prohibited. If you receive this e-mail in error, please delete all copies of this e-mail, and contact the sender, immediately. Such confidentiality is not waived by reason of mistaken delivery to you. Any content herein that does not relate to the official business of Maxis is neither given nor endorsed by Maxis. Maxis does not represent, warrant and/or guarantee that the integrity of this communication has been maintained, nor that it is free of any error, virus, interception or interference