PTP mampu kendalikan 10 juta TEUs kargo
Berita Harian
Pembangunan fasa kedua Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang dilaksanakan membabitkan kos kira-kira RM3 billion apabila siap kelak mampu mengendalikan 10 juta TEUs (satu kotak bersamaan 20 kaki persegi) setahun.
PTP dengan enam dermaga sepanjang 2.16 kilometer yang dibangunkan dalam fasa pertama sehingga kini sudah mengendalikan lebig 2.6 juta TEUs.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Othman Jais, berkata pembangunan fasa kedua PTP membabitkan tebus guna tanah dan pembinaan lapan dermaga sepanjang mengendali kontena melebihi enam juta TEUs setahun.
“Apabila siap sepenuhnya, fasa kedua membolehkan PTP mengendalikan lebih 10 juta setahun,” katanya menjawab soalan Mohamad Kasbi (BN-Tanjung Puteri) pada siang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
PTP yang berkembang pesat sebagai hub pindah barangan di rantau ini sehingga kini berjaya memikat dua syarikat perkapalan utama dunia, iaitu Maersk Sealand dan Evergreen Marine Corporation.
Sejak memulakan operasi rasmi pada Januari 2000, PTP sudah mengendalikan 418,218 TEUs pada 2000, 2.05 juta (2001) dan sehingga Ogos 2002, 2.6 juta TEUs.
Othman berkata, pembangunan fasa kedua PTP membabitkan dua komponen iaitu kerja tebus guna tanah, pengorekan serta pembinaan dermaga.
Beliau berkata, bagi kerja tebus guna tanah dan pengorekan, kontraktor utama adalah syarikat usaha sama sebuah syarikat tempatan, Integrated Marine Works (IMW) dan Ballast Ham.
“Sementara itu, kerja pembinaan dermaga, kontraktor utama adalah MMC Engineering yang juga syarikat tempatan. Bagi kedua-dua pakej kerja berkenaan, sebahagian besar sub kontraktor adalah pengusaha tempatan,” katany