PTP mampu muncul pelabuhan berdaya saing
Utusan Malaysia
Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) menyedari untuk muncul sebagai sebuah pelabuhan berdaya saing dan maju dalam tempoh singkat usaha menarik lebih banyak lagi syarikat perkapalan besar dunia menggunakan perkhidmatannya perlu dilaksanakan.
PTP sudah mengambil langkah proaktif antaranya membentuk perkongsian strategik dengan syarikat perkapalan Maersk Sealand yang disifatkan sebagai jalan pintas untuk pelabuhan itu muncul sebagai pelabuhan bertaraf dunia dalam jangka pendek.
Ketua Eksekutif PTP, Mohd Sidik Shaik Osman berkata usaha menarik kedatangan mana-mana syarikat perkapalan besar dunia dan operator kapal menggunakan sepenuhnya pelabuhan itu terus diperhebatkan kerana ia kini sudah cukup sedia memberikan perkhidmatan terbaiknya.
“Kita sedar salah satu objektif pembinaan PTP adalah untuk dibangunkan sebagai sebiah pealbuahn utama di rantau ini dan menawarkan perkhidmatan kepada semua syarikat perkapalan.
“ Dalam hubungan ini, perkongsian bijak dengan Maersk Sealand antara lain bertujuan membangunkan pelabuhan itu sebagai pelabuhan maju berdaya saing dalm tempoh singkat.
“ PTP mengalu-alukan kedatangan mana-mana syarikat perkapalan terbesar dunia dan operator kapal untuk menggunakan perkhidmatannya. Buat masa ini kita masih dalam proses perbincangan dengan beberapa syarikat perkapalan utama dunia,” katanya.
Difahamkan PTP masih dalam proses perbincangan dengan sebuah lagi syarikat perkapaln terkemuka di dunia Evergreen dari Taiwan untuk syarikat terbabit menggunakan pelabuhan terbabit.