PTP rancang perkenal aliran kargo berautomasi ke Singapura
Utusan Malaysia
JOHOR BAHRU, 4 Mac - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pelabuhan kedua di Johor selepas Pasir Gudang, merancang untuk bekerjasama dengan jiran-jirannya ke arah aliran bebas pergerakan kargo dengan memperkenalkan aliran kargo berautomasi antara Malaysia dan Singapura.
Jarak yang dekat antara Laluan Kedua di Tanjung Kupang kepada perhentian PTP akan memberi faedah kepada pengusaha-pengusaha kapal di kawasan perindustrian Jurong dan Tuas, kata Mohd Sidik Shaik Osman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTP, Sabtu lalu.