30 Nov 2001

PTP sekali lagi menang award terminal kontena terbaik

Utusan Malaysia

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pusat muatan pindah kapal rantau Asia Tenggara yang paling cepat berkembang, sekali lagi mengukir sejarah dengan memenangi award ‘Terminal Kontena Baru Muncul Terbaik’ untuk kali kedua berturut-turut.

PTP memenangi award itu berdasarkan kepada pertumbuhan fenomena dalam jumlah meskipun dalam kelembapan ekonomi dan keupayaan untuk mengekalkan tahap perkhidmatan yang tinggi dan juga produktiviti, demikian menurut penganjur-penganjur untuk award berkenaan.
 
Diadakan di Hong Kong, award 2001 kali ketiga List Maritime Asia Awards 2001 Lloyd’s itu dianjurkan oleh List Maritime Asia Lloyd’s, jurnal perdagangan yang diterbitkan oleh harian perkapalan, Lloyd’s List.
 
Lebih daripada 500 tetamu yang terdiri daripada masyarakat perkapalan dan maritim antarabangsa menghadiri majlis itu, kata PTP dalam kenyataan yang dikeluarkan disini hari ini.
 
Para pembaca terbitan perdagangan itu diminta mengundi untuk mendapatkan pengendali-pengendali terbaik dalam 10 kategori berkaitan maritim, antarabangsa termasuklah Terminal Terbaik, Pengendali Kapal Utama Terbaik, Pengendali Antara Asia Terbaik dan Bank Pembiayaan Kapal Terbaik.
 
Tiga buah syarikat ataupun pertubuhan dengan jumlah undi tertinggi dalam setiap katerogi akan memasuki peringkat akhir, dimana sekumpulan pengadil antarabangsa akan memutuskan pemenang-pemenang bagi setiap kategori.
 
Tiga pelabuhan di peringkat akhir yang terpilih untik kategori ‘Award Terminal Kontena Baru Muncul Terbaik’ ialah PTP, Fuzhou Container Terminal Limited, China dan Vietnam International Container Terminal (VICT), kata PTP.
 
PTP yang dengan rasminya dibuka pada bulan Januari 2000 telah memenangi award yang sama tahun lepas dimana majlis penganugerahan award diadakan di Singapura.
 
PTP merupakan pelabuhan pertama di Malaysia yang memenangi award berkenaan.