10 Dec 2009

PTP Serah Diari

Utusan Malaysia

Ketibaan tahun baru makin dirasai apabila ramai pihak mula memberikan diari bagi tahun 2010 kepada kenalan dan rakan bisnes. Tidak ketinggalan untuk berbuat demikian ialah syarikat milik kerajaan (GLC), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang mengedarkan diari 2010 kepada rakan-rakan termasuk wakil media di negeri ini.

Pemberian diari itu sebagai tanda ingatan dan diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara media dengan PTP.

Turut menyampaikan diari berkenaan ialan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat PTP, Azrini Reezan Abd. Latiff yang ditemani Eksekutif Kanan Komunikasi Korporatnya, Khairul Anuar Othman