05 May 2015

PTP taja kem motivasi UPSR

Sinar Harian

Bertujuan bantu kecemerlangan calon.

JOHOR BAHRU – Syarikat Korporat, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menaja kira-kira 130 pelajar darjah enam yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR bersama 20 orang guru dari 13 buah sekolah rendah di Gelang Patah pada Kem pembelajaran dua hari di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram.

Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif PTP, Hanif Hamid berkata program ini merupakan komitmen PTP dalam usaha meningkatkan keyakinan pelajar dalm peperiksaan.

"Tahun ini adalah tahun ke 8 berturut-turut PTP menganjurkan program ini di mana peserta digalakkan untuk menjadi belajar sepanjang hayat, kreatif dan inovatif, serta berani menjadi berbeza.

"Ia juga selaras menyokong usaha Kerajaan Negeri Johor dalam meningkatkan prestasi akademik keseluruhan pelajar sekolah luar Bandar bersandarkan sebagai sebuah entiti korporat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar – pelajar tempatan," katanya.

Kali ini, calon – calon menghadiri sesi oleh penceramah motivasi terkenal pakar dalam teknik pembelajaran Dr Mohd Shukri Abdullah yang memberi bimbingan mengenai cara berkesan untuk mengkaji dan bagaimana pemikiran positif boleh membawa kepada pencapaian akademik yang baik.

Bagi peserta program yang ditemui, Muhamad Sallahudin Zainudin dari SK Nusantara berkata sambil belajar ia juga berpeluang bertukar pandangan dan idea dengan rakan lain.

"Saya amat berterima kasih untuk ambil bahagian dalam program ini. Penceramah adalah sangat baik dan berkongsi banyak kemahiran belajar berwawasan dengan kami.

Selain itu, sepanjang program, saya bertemu dan ramai kawan baru di sekolah lain," katanya

Manakala, Guru Besar SK Nusa Perintis 1, Mohd Fawzi Mohd Noh, memuji inisiatif PTP dalam membantu murid di sekolah persekitaran pembangunannya.

"Sumbangan Oleh PTP telah banyak membantu kami untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan pelajar tempatan.

Selain itu, PTP juga terus menyumbang kepada aktiviti sekolah seperti hari sukan, Mesyuarat Tahunan PIBG dan banyak lagi," katanya.