PTP tambah dua lagi dermaga
Berita Harian
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pelabuhan muatan pindah kapal yang berkembang pesat di Asia Tenggara, bersedia untuk meningkatkan kapasitinya dengan pembinaan dua lagi dermaga sebagai sebahagian daripada projek Fasa 2.
PTP dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, berkata fasa kedua itu, yang bermula tahun lalu, terdiri daripada dua pakej utama, pengorekan dan tebus guna pakej utama, pengorekan dan tebus guna (D&R) untuk tambahan lapan lagi dermaga 2.88 kilometer dan pembinaan fizikal dua dermaga tambahan 720 meter.
D&R bagi terminal 2.88 kilometer hampir 75 peratus siap.
Proses pengorekan akan memperluaskan laluan terusan pelabuhan daripada 250 meter kepeas 420 meter dan draf kepada 16 meter daripada 15 meter ketika ini.
PTP berkata, dermaga 360 meter pertama dijadualkan siap awal tahun depan dan keduanya tidak lama kemudian.