PTP tawar kerjasama kepada Singapura
Utusan Malaysia
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pusat pindahan kapal paling pesat berkembang di rantau ini, hari ini menyambut kunjungan rombongan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Pentadbiran Singapura.
Kunjungan itu adalah sebahagian daripada Program Pemimpin dan Pentadbiran (LAP) ke-4 mereka yang dikenali oleh Maktab Perkhidmatan Awam Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif PTP Mohd Sidik Shaik Osman menyambut rombongan 21 orang anggota itu ke pelabuhan dekat Gelang Patah, Johor itu, menurut kenyataan PTP yang dikeluarkan di sini hari ini.
Mengetuai rombongan Singapura ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Guong Ching, yang turut disertai Pegawai-pegawai kanan daripada beberapa kementerian republik itu,
Mengalu-alukan rombongan itu, Mohd Sidik berkata: ‘Mengalu-alukan delegasi ini adalah satu penghormatan kepada PTP. Ini adalah lawatan kedua LAP ke PTP dalam masa kurang daripada tiga tahun.
“Kami kini tampil ke hadapan dengan mempelawa mereka menimbangkan cara-cara dan alat-alat yang Singapura dan PTP boleh bekerjasama bagi faedah bersama.
“Kita boelh menarik kekuatan satu sama lain dan ini akan menjadikan kedua-dua negara lebih kukuh untuk menghadapi cabaran-cabaran global yang kian meningkat dan paradigma baru yang menghadapi pelabuhan dan sektor perkapalan,” katanya.
Mohd Sidik memberi taklimat kepada rombongan itu mengenai wawasan PTP sebagai pusat pindahan kapal sedang muncul dan akan menjadi teraju tidak lama lagi di Asia Tenggara.
Selepas taklimat itu, rombongan itu dibawa meninjau secara ringkas sekitar terminal itu.