PTP tingkat semangat calaon UPSR
Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Syarikat korporat Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menaja kira-kira 130 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama 20 guru dar 13 sekolah rendah di Gelang Patah pada kem pembelajaran dua hari di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram.
Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif PTP, Hanif Hamid berkata, program ini merupakan komitmen PTP dalam usaha meningkatkan keyakinan pelajar ketika peperiksaan.
"Ini tahun kelapan berturut - turut PTP menganjurkan program di mana peserta digalakkan belajar sepanjang hayat, kreatif dan inovatif, serta berani menjadi berbeza.
" Ia juga selaras menyokong usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan prestasi akademik keseluruhan pelajar sekolah luar Bandar.bersandarkan sebuah entity korporat menjadi tanggungjawab kite menghulurkan bantuan membantu pelajar tempatan," katanya.
Kali ini, calon menghadiri sesi oleh penceramah motivasi terkenal dan pakar dalam teknik pembelajaran, Dr Mohd Shukri Abdullah yang member bimbingan mengenai ncara berkesan belajar dan bagaimana pemikiran positif boleh membawa kepada pencapaian yang baik.