PTP unjur kendali 5j TEU setahun guna kren baru
Utusan Malaysia
Kapasiti pengendalian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka meningkat kepada 5.0 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun dengan penerimaan kren tambahan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sidik Shaik Osman berkata pelabuhan itu menerima lima kren gantri bertayar getah (RTG) hari ini, iaitu kumpulan kedua daripada kren RTG yang dibekalkan oleh Noell Crane Systems GmbH dari Itli.
Dengan penghantaran dan penggunaan kren berkenaan, PTP akan memiliki 52 RTG yang beroperasi di pelabuhan itu.Kumpulan terakhir lima RTG daripada Noell akan dihantar menjelang hujung suku kedua 2002, kata PTP dalam satu kenyataan.
PTP telah menerima kumpulan pertama lima unit kren RTG daripada Noell pada Januari tahun ini,bersama-sama dengan dua unit kren tepi dermaga Super Post Panamax.
Sebanyak 15 unit RTG akan diperoleh pada akhir 2002,yang akan menjadikan jumlah RTG bagi fasa 1 PTP yang beroperasi berjumlah 72 unit.