10 Nov 2003

Tanjung Pelepas antara pelabuhan terbaik dunia

Utusan Malaysia

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di sini dijangka akan tersenarai dalam kelompok 20 buah pelabuhan terbaik dunia sepanjang tahun 2003.

 
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberitahu, kedudukan PTP sebagai antara senarai 20 pelabuhan terhebat dunia itu akan diketahui secara rasmi pada Disember ini.
 
“Dengan kecekapan operasi melalui sistem teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) serta dengan adanya 72 kren dermaga, PTP dijangka mampu mengendalikan lebih empat juta TEU tahun depan,” katanya semasa membentangkan Bajet Negeri Johor Tahun 2004 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di sini semalam.
 
Mengenai pembangunan Fasa Kedua PTP pula katanya, ia sedang dilaksanakan dengan melibatkan pembinaan lapan dermaga sepanjang 2.8 kilometre dengan perbelanjaan sebanyak RM3 billion.
 
‘Apabila kesemua dermaga tersebut siap, PTP dapat meningkatkan lagi perkhidmatannya sehingga mampu mengendalikan sebanyak 10 juta TEU setahun,” jelasnya.