03 Jan 2003

PTP lepas sasaran 2.5 juta TEU

Berita Harian

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pusat pemindahan kapal yang plaing pesat berkembang di Asia Tenggara, mencapai jumlah pengendalian 2.66 juta TEU (unit bersamaan du puluh kaki) tahun lalu, melepasi sasarannya 2.5 juta TEU yang dibuatnya sebelum ini.

PTP dalam kenyataannnya, berkata jumlah pengendalian pada 2002 itu adalah peningkatan 30 peratus daripada jumlah pengendalian pada 2001 sebanyak 2.05 juta TEU.
 
Pertumbuhan kukuh 30 peratus itu adalah hasil usaha pelabuhan itu dalam memperoleh pasaran baru bagi kargo walaupun keadaan ekonomi tidak menentu.
 
Pemindahan Evergreen Marine Corp Ogos tahun lalu adalah kontena pemindahan kapal dan baki lima peratus lagi adalah barangan eksport dan import tempatan.
 
Katanya, ia juga mencatatkan parsa produktiviti yang cemerlang sepanjang tahun lalu dengan purat antara 30 hingga 31 pergerakan sebuah kren sejam, yang meningkatkan dengan ketaranya masa pusingan balik kapal.
 
Ketua Eksekutif PTP, Mohs Sidik Shaik Osman, berkata PTP menyambut ketibaan 2002 dengan keadaan tidak menentu di pasaran dunia, namun PTP sudah mencapai prestasi pertumbuhan kukuh 30 peratus.
 
“Kadar produktiviti dan jumlah pengendalian yang tinggi itu menunjukkan kecermelangan PTP dalam mencapai statusnya sebagai pusat pemindahan kapal terkemuka di Asia Tenggara.
 
“Pemindahan Maersk Sealand dan Evergreen ke PTP turut menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan pelabuhan ini,” katanya.
 
Beliau berkata, PTP yakin untuk mencapai pertumbuhan 30 peratus dalam tahun yang mendatang.
 
Katanya, sebagai persediaan untuk peningkatan dalam jumlah pengendalian, PTP sudah melaksanakan pembangunan Fasa 2 yang mana tebus guna lapan dermaga tambahan dan pembinaan dua dermaga sedang berjalan.
 
Penyiapan dua dermaga tambahan itu akan membolehkan PTP mengendalikan kira-kira enam juta TEU setiap tahun menjelang awal 2004.
 
Mohd Sidik berkata, tumpuan PTP kini adalah untuk menarik pengendali logistik dan pelabur melabur membangunkan rizab tanah PTP yang lias termasuk di zon perindustrian bebasnya.